Berita
Fatimah Tawarkan Perkhidmatan Peneman Di Hospital, Mudahkan Urusan Pendaftaran Pesakit

Nilai, 16 Januari 2025 – Masalah menunggu di hospital dengan barisan pendaftaran yang panjang kini boleh diatasi dengan mudah. Fatimah, seorang penjaga pesakit berpengalaman, menawarkan perkhidmatan menemani pesakit bagi menguruskan urusan pendaftaran di hospital-hospital seperti Hospital Putrajaya, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dan Hospital Cyberjaya.
“Kita sering terjebak dalam barisan panjang di hospital. Jika ada 50 orang lagi yang beratur, tak perlu bimbang, Fatimah kan ada untuk bantu uruskan pendaftaran. Anda hanya perlu duduk dengan tenang tanpa perlu beratur,” kata Fatimah yang telah menerima maklum balas positif daripada pelanggan.
Fatimah menawarkan perkhidmatan menemani pesakit dengan harga yang berpatutan iaitu RM20 sejam. Dengan menggunakan perkhidmatan ini, pesakit dan ahli keluarga tidak perlu lagi beratur panjang atau tertekan dengan urusan pendaftaran yang memakan masa.
Perkhidmatan ini boleh didapati di hospital-hospital sekitar Nilai, Putrajaya, HTJ dan Cyberjaya, serta boleh ditempah dengan menyatakan tarikh temujanji melalui aplikasi WhatsApp.
Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Fatimah di www.wasap.my/60185750603/penemanhospital.