Berita
Restoran Aras KL Tower: Pengalaman Makan Luar Biasa dengan Pemandangan 360° KL Hanya RM82

Bagi mereka yang mencari pengalaman makan yang luar biasa, Restoran Aras KL Tower adalah destinasi yang wajib dikunjungi.
Terletak di Menara Kuala Lumpur, restoran berputar ini menawarkan pemandangan indah 360 darjah dari atas, membolehkan anda menikmati seluruh panorama kota Kuala Lumpur semasa menikmati hidangan.
Apa yang lebih menarik? Anda boleh menikmati buffet tanpa had hanya dengan RM82.
Ya, anda tidak perlu risau tentang masa atau terburu-buru. Nikmati makanan sepuasnya sambil menikmati suasana yang menakjubkan di atas menara yang terkenal ini.
Restoran Aras KL Tower bukan sahaja sesuai untuk makan bersama keluarga, tetapi juga sangat sesuai untuk dating, menyambut anniversary atau birthday.
Dengan pemandangan yang memukau dan suasana yang tenang, ia pasti memberikan pengalaman yang sangat istimewa.
Bagi yang mungkin berasa gayat, jangan risau.
Pemandangan yang menakjubkan akan membuatkan anda terlupa akan ketinggian, dan anda boleh duduk santai sambil menikmati hidangan yang disajikan.
Lokasi Restoran Aras KL Tower:
📍 Menara Kuala Lumpur, 2, Jalan Puncak, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur