Ayam Goreng Darsa Fried Chicken Pukau Pelanggan Pencinta Makanan Lazat
Selangor, 18 Disember 2024 – Ayam Goreng DarSA Fried Chicken (DFC) terus menjadi tumpuan dengan sajian ayam goreng rangup di luar dan lembut di dalam, mencuri hati ramai dengan rasa istimewa dan perapan rahsia mereka.
Menu andalan ini dikenali sebagai “𝗕𝗮𝗿𝗸𝗮 𝗣𝗹𝗮𝘁𝗲” dan dijual pada harga RM16.60, lengkap dengan sos garlic yang luar biasa.
Restoran DFC kini berada di lokasi strategik seperti Bukit Beruntung, Bandar Seri Putra, dan Puncak Alam. Ia menawarkan suasana makan yang selesa, berhawa dingin dua tingkat, dan amat sesuai untuk keluarga atau perjumpaan santai.
Harga yang berpatutan, kualiti hidangan yang terbaik, serta kemudahan tempat letak kereta turut menambah daya tarikannya.
Antara menu popular lain termasuk:
- Nikma Plate: RM22.50
- Shawarma Combo: RM15.90
- Chicken Crispy Burger Combo: RM17.80
- Nasi Lemak: RM11.90
Selain itu, restoran ini juga menerima tempahan untuk majlis kenduri, acara khas, dan pesanan pukal, menjadikan mereka pilihan utama bagi pelbagai jenis sambutan.
DFC bukan sahaja terkenal dengan ayam gorengnya, tetapi juga minuman seperti Air Chocolate yang “padunya tak terkata.” Restoran ini beroperasi dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam (Isnin-Khamis), dan dilanjutkan sehingga 11.00 malam pada hujung minggu (Jumaat-Ahad).
Untuk info lanjut, pelanggan boleh kunjungi lokasi terdekat:
📍 Bukit Beruntung: Jalan Adenium 1A, Seksyen BB5, 48300 Rawang
📍 Bandar Seri Putra: Jalan Seri Putra 1/8, 43000 Kajang
📍 Puncak Alam: Eco Grandeur, Jalan Eco Grandeur 1/3B, 42300 Puncak Alam
𝘼𝙮𝙖𝙢 𝙂𝙤𝙧𝙚𝙣𝙜 𝘿𝙁𝘾 sememangnya pilihan terbaik untuk memuaskan selera seisi keluarga. Jadi, jangan tunggu lama – serbu DFC sekarang untuk menikmati rasa yang pasti memikat hati!
Kredit Gambar: https://www.facebook.com/darsafriedchicken
