Berita
Program MEKAR Komuniti Bantu Urusan Dokumen Penduduk Putra Heights
Putra Heights, 3 April 2025 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menganjurkan Program MEKAR Komuniti hari ini di Pusat Pemindahan Sementara, Dewan Masjid Putra Heights, bagi membantu penduduk setempat mendapatkan perkhidmatan berkaitan dokumen pengenalan diri.
Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang ini menyediakan perkhidmatan seperti permohonan gantian kad pengenalan dan permohonan cabutan sijil kelahiran, memudahkan mereka yang mengalami kesulitan untuk berurusan di pejabat JPN utama.
Menurut wakil JPN, program ini adalah sebahagian daripada inisiatif Mekar Komuniti, yang bertujuan mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, terutama golongan yang terkesan akibat bencana atau kesulitan lain.
Penduduk yang hadir menyambut baik usaha ini kerana ia menjimatkan masa dan tenaga, khususnya bagi mereka yang sukar untuk ke pejabat JPN di bandar.
Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi www.jpn.gov.my atau mengikuti media sosial rasmi JPN di @jpnhqofficial.
