Berita
Sekumpulan Ikan Lumba-Lumba Sambut Pelancong di Pulau Redang

Pulau Redang, TERENGGANU – Laut biru Pulau Redang sekali lagi mencuri perhatian apabila kira-kira 10 ekor ikan lumba-lumba muncul di permukaan air, mengiringi sebuah bot pelancong yang sedang belayar.
Video yang dimuat naik oleh @seaquest_boatservice di TikTok menunjukkan detik menakjubkan itu, di mana ikan lumba-lumba tersebut berenang rapat di sisi bot seolah-olah menyambut kedatangan pelancong yang tiba ke pulau terkenal itu.
Kejadian ini dipercayai berlaku di perairan sekitar Pulau Redang, sebuah destinasi pelancongan popular di Terengganu yang dikenali dengan keindahan terumbu karang dan kehidupan laut yang kaya.
Fenomena kehadiran ikan lumba-lumba ini bukan sahaja menggembirakan pelancong yang menaiki bot, malah turut menarik perhatian netizen dengan ribuan tontonan dan komen di media sosial.
Penduduk tempatan menyatakan bahawa kemunculan lumba-lumba bukanlah sesuatu yang luar biasa, namun ianya tetap menjadi satu pengalaman yang luar biasa dan bertuah bagi sesiapa yang menyaksikannya secara langsung.
🎥 Saksikan video penuh di TikTok: @seaquest_boatservice
🔖 #trendingnewsmalaysia #ikanlumbalumba #PulauRedang #beritaditiktok #fyp