Connect with us

Berita

Cybertruck Gagal Laku: Tesla Bergelut dengan Inventori Bernilai $200 Juta

Published

on

Tesla menghadapi kesukaran untuk menjual Cybertruck, dengan kira-kira $200 juta nilai inventori terkumpul di AS. Walaupun pengeluaran semakin meningkat satu setengah tahun selepas pelancaran, permintaan masih tidak sepadan.

Tahun lalu, Tesla menyalahkan kelewatan pengeluaran, harga tinggi bagi Foundation Series, dan ketiadaan kredit cukai $7,500 sebagai sebab penghantaran yang perlahan. Namun, tahun ini alasan tersebut tidak lagi relevan—Cybertruck sememangnya sukar untuk dijual, memaksa Tesla memperlahankan pengeluaran bagi mengelakkan lebihan inventori yang lebih teruk.

Keadaan semakin buruk pada bulan Mac apabila Tesla terpaksa menghentikan penghantaran Cybertruck kerana penarikan balik (recall) yang bakal dilakukan berikutan masalah kepingan trim yang mudah tanggal. Walaupun pembetulan pengeluaran telah dilaksanakan pada 21 Mac, Tesla masih perlu membaiki unit yang telah dihantar kepada pelanggan.

Pada masa ini, terdapat hampir 2,400 unit Cybertruck dalam inventori. Nilai jualan semula juga menjunam—turun 55% berbanding tahun lalu—menyebabkan Tesla dilaporkan berhenti menerima Cybertruck sebagai tukar beli (trade-in). Sesetengah pemilik yang ingin memulangkan kenderaan mereka diarahkan untuk membuat tuntutan di bawah Lemon Law, manakala peniaga kereta terpakai enggan membeli Cybertruck, menawarkan harga yang rendah sementara menunggu pasaran stabil.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2024 lapar2u.com. Theme by Kembara Princess, powered by WordPress.