Connect with us

Berita

Ford Raptor Rev Malaysia 2025: Lebih 500 Peserta Meriahkan Acara

Published

on

SEPANG, 25 Februari 2025 – Acara sulung Ford Raptor Rev Malaysia telah melabuhkan tirainya dengan penuh aksi dan keterujaan, menghimpunkan lebih 500 peserta yang terdiri daripada pemilik serta peminat Ford Ranger Raptor dalam satu festival berinspirasi adrenalin.

Acara yang dianjurkan oleh Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, berlangsung selama dua hari dari 22 hingga 23 Februari 2025 bertempat di Bay 13, Litar Antarabangsa Sepang.

Sebanyak 80 pemilik Ford Ranger Raptor diberi peluang menguji keupayaan jentera mereka melalui pelbagai halangan mencabar yang menguji kemahiran pemanduan lasak. Bukan sahaja pemilik, malah orang awam yang hadir turut berpeluang menikmati pengalaman luar biasa menerusi sesi Hot Laps serta pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

Penganjuran Ford Raptor Rev bertujuan untuk memperkukuhkan komuniti peminat Ford Ranger Raptor di Malaysia sambil memberi peluang kepada mereka merasai kehebatan trak pikap berprestasi tinggi ini dalam keadaan sebenar.

Ford Raptor Rev Malaysia 2025 membuktikan bahawa Ford Ranger Raptor terus menjadi pilihan utama bagi mereka yang menggemari pemanduan ekstrem dan penuh cabaran. Dengan kejayaan acara pertama ini, SDAC dijangka akan meneruskan penganjurannya pada masa akan datang bagi memenuhi permintaan peminat trak pikap di Malaysia.

#Ford #FordRanger #FordRangerRaptor #FordRaptor #FordRaptorRev #FordRaptorRevMalaysia #FordRaptorRevMalaysia2025 #SDAC #FordMalaysia

Kredit Gambar: caricarz

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2024 lapar2u.com. Theme by Kembara Princess, powered by WordPress.