Connect with us

Berita

Ratusan Ubur-Ubur Api Ditemui di Pantai Rhu Muda, Orang Ramai Diminta Berwaspada

Published

on

Marang, 15 Januari – Orang ramai dinasihatkan berhati-hati susulan penemuan ratusan ubur-ubur api atau Portuguese Man of War ang terdampar di Pantai Rhu Muda, Marang, Terengganu.

Menurut Prof. Madya Dr. Roswati Md Amin dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), spesies ini mudah dikenali melalui badan kebiruan lutsinar dan tentakel panjang yang mengandungi sel penyengat berbisa. “Sel penyengatnya tetap berbahaya walaupun ubur-ubur itu telah mati,” jelas beliau.

Ubur-ubur api ini biasanya mendiami lautan Pasifik, India, dan Atlantik. Walau bagaimanapun, kehadirannya di pantai Terengganu bukanlah kali pertama, kerana kes serupa pernah direkodkan pada November lalu.

Orang ramai diingatkan supaya tidak menyentuh hidupan ini untuk mengelakkan risiko sengatan yang boleh menyebabkan rasa sakit, kesukaran bernafas, atau reaksi alergi teruk.

Penduduk tempatan dan pelancong yang melawat pantai dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika menemui ubur-ubur ini di kawasan pantai.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi jabatan perikanan atau pihak berkuasa tempatan bagi panduan keselamatan.

Kredit Gambar: Bernama

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2024 lapar2u.com. Theme by Kembara Princess, powered by WordPress.