Berita
Ikan Kenerak Seberat 8.7 Kilo Ditemui, Rekod Tertinggi Pernah Mencecah 20 Kilo di Sungai Pahang
Baru-baru ini, seorang nelayan di Sungai Pahang berjaya menangkap ikan kenerak seberat 8.7 kilo, namun saiz ini masih dianggap kecil berbanding saiz dewasa ikan kenerak yang boleh mencapai 15 kilo ke atas.
Menurut sumber tempatan, rekod tertinggi yang pernah dicatatkan adalah ikan kenerak seberat 20 kilo yang ditangkap di Sungai Jelai, Pahang.
Ikan raksasa tersebut ditangkap menggunakan teknik aran (rawai) dengan umpan ulat keremut. Begitu juga di Sungai Lipis kawasan Benta, seorang pemancing berjaya memperoleh ikan kenerak seberat 20 kilo dengan menggunakan umpan lipas.
Pemancing dan nelayan tempatan percaya bahawa kawasan seperti Sungai Jelai, Sungai Lipis, Sungai Tembeling, dan Kuala Medang mempunyai potensi untuk menghasilkan ikan kenerak yang lebih besar daripada 20 kilo.
Kejayaan menangkap ikan kenerak dengan saiz besar ini bukan sahaja mengujakan peminat sukan memancing, tetapi juga menonjolkan betapa suburnya ekosistem sungai di Pahang, yang menjadi tarikan utama bagi pemancing dari dalam dan luar negara.
Tahniah kepada para pemancing yang berjaya menangkap ikan kenerak luar biasa ini.
Kredit Gambar: FB Norieman Aiman
